19 November 2009

Menangislah kerana Menangis itu Nikmat!

Salam..



Kali ini saya akan bicara sedikit tentang perasaan.Mungkin kerana kebelakangan ini saya dapati setiap tawa saya adalah palsu belaka.Hakikatnya, jiwa dan perasaan saya sedang menangis pada kala itu.Ya, saya menangis..Saya menangis kerana terlalu banyak perkara yang menghimpit perasaan saya. Terlalu banyak yang ingin saya pertahankan.Saya sedang memperjuangkan sebuah persahabatan yang pada mulanya, saya pernah berkata.."Rasa nya aku akan kawan dengan dia seminggu je kot" tapi, sekarang..saya ingin mempertahankan nilai persahabatan itu hingga ke hujung nyawa!



Kenapa wanita senang mengalirkan air mata??Mungkin persoalan itu yang sedang anda fikirkan kerana bagi anda apa yang saya tangiskan hanya lah sebuah masalah kecil..Saya ada terbaca di satu website ini..Mengapa wanita mudah menangis...



Termimpi seorang remaja yang tertanya-tanya..kenapa wanita mudah menangis? Dan di dalam mimpi itu, Tuhan berkata pada nya....





Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.


"Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.


“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.


“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.


“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?


“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Kadang-kala saya terfikir..Kenapa ada di antara kita seboleh-boleh nya tidak ingin menangis?Ada juga yang berfikir bahawa menangis akan menampakkan kita ini lemah.

Bukan kah menangis itu adalah satu cara meluahkan perasaan?

Jika kita berani bersuara apabila sedang marah, tidakkah itu juga cara meluahkan perasaan?

Jadi, apa perlu kita malu kan?





Saya punyai seorang rakan yang dia juga sedang bersedih..

Kalau boleh, saya ingin benar hulurkan bahu saya untuk dia menangis..

Kalau boleh saya ingin benar pinjamkan telinga saya agar saya dapat berkongsi rasa kesedihan itu bersama..

Kerana bagi saya kehadiran seorang rakan saat kita sedang memerlukan adalah satu perasaan yang tidak dapat dibayangkan..


Di saat air mata saya berlinang, seseorang telah mendedikasikan lagu ini pada saya..Bagi saya lagu ini bukan hanya untuk pasangan sedang bercinta..tetapi juga untuk seorang sahabat yang sedang bersedih..





video

Bila saya menangis, saya dapat rasa kan kelegaan..Memang benar..Menangis itu satu Nikmat!

15 November 2009

Saya Rasa Mereka Hebat

Salam..

Entry kali ini juga berkaitan kawan-kawan saya. Kenapa saya ingin benar tulis mengenai mereka? Kerana saya merasakan mereka ini HEBAT.Mungkin xsehebat mana, tp mereka tetap hebat di mata saya..

Sahabat pertama yang saya rasa paling hebat di antara semua ialah, mesti laa Ida!



Kenapa saya kata Ida hebat?? Saya rasa die hebat kerana die sanggup tahan dengan perangai saya yang kadang-kadang agak pelik.Saya boleh berubah mengikut mood..dan Ida masih di situ untuk berkongsi apa saja perasaan saya pada waktu itu.Saya rasa Ida hebat juga kerana walaupun saya pernah menepikan dia suatu masa dahulu, tetapi, dia masih berharap dan memberi peluang pada saya untuk berubah. Ida adalah sahabat yang benar2 kenal siapa saya, apa saya suka & kadangkala dapat membaca apa yang sedang saya fikirkan. Dan saya rasa itu hebat.Oh ya!Ida juga merupakan bakal guru nanti..Hebat kan? Sebab x semua orang boleh jadi cikgu!!

Kawan seterusnya yang saya rasa Hebat ialah Sarah! Sarah adalah salah seorang staff di LCP jugak..Department Design..


Kenapa saya rasa Sarah hebat? Sebab, dia pandai main gitar, dan saya sgt teruja dengan orang perempuan yang pandai memetik gitar!Bukan itu sahaja..Sarah juga ada iklan billboard muka dia di Bangi..Hebat kan?Oh..Lupa pulak.Kami memanggil dia ni Diva LCP sebab die juga ada berlakon teater..dan sekarang, Sarah merupakan pelakon suara untuk watak Susanti dalam siri U&I..Lagi satu, Sarah hebat sebab die boleh ketawa dengan kuat dan membuatkan orang sekelilingnya ketawa juga!!

Orang ke-3 yang hebat bg saya ialah Yuki..

Kenapa? Yuki terer main badminton..Yuki buat kerja dengan laju..Apa yang saya suke mengenai Yuki ialah, bila saya ada masalah terutama mengenai "friendship", dia akan beri nasihat kepada saya..Dan saya rase Yuki hebat sebab hanya Yuki sorang saja yang panggil saya "Nurnur"..eheh
Seterusnya, sahabat yang saya rasa hebat ialah, cima!!

Kenapa Cima hebat??Bagi saya, cima hebat kerana dia seorang yang berani..Berani dalam semua aspek..Saya juga rasa dia hebat kerana, dia menunjukkan sifat dan kelakuannya yang bersahaja tanpa nak control2..Dia juga kelihatan hebat, dengan apa saja yang dipakai..Lagi satu kehebatan Cima ialah, saya rasa die ada suara yang sedap!oh..itu saya jeles!

Orang ke-5 yang hebat dimata saya ialah..Idaman!



Saya rasa Idaman hebat kerana dia seorang yang rajin membaca!Bila saya berbual dengan Idaman,banyak info saya dapat..Saya juga rasa idaman hebat kerana dia boleh mengigati kata-kata kiasan indah yang tertulis dalam setiap buku yang dibacanya..Apa yang betul2 membuat saya rasa dia ni hebat adalah kerana dia boleh berbahasa Mandarin!!ouchh~jelesnya saya!!
Dan, terakhir sekali..Nanad!!
Nanad atau nama sebenar Nadirah ni hebat kerana dia seorang yang suka bermain dengan nombor..yelah..Accountant kan..ahah..Nanad hebat bermain futsal! Saya rasa Nanad hebat sebab dia ade Myvi SE bewarna oren!!ahaha..Tapi, ikhlas saya katakan, Nanad hebat kerana sifat nya yang matang..Saya juga boleh berkongsi cerita bersama nya..dan dia akan memberi respon untuk segala cerita saya!!eheh


Mungkin tiada gambar anda di sini..Bukan kerana saya tidak rasa anda hebat, cuma mungkin kehebatan anda itu belum menyerlah di mata saya!!!atau mungkin kamu terlalu hebat sehingga tak dapat saya ceritakan kehebatan kamu di sini..ahahah..Takda lah~Bagi saya, semua orang di sekeliling saya adalah manusia yang hebat..kerana, apabila saya bersama mereka, mereka akan buat saya rasa saya HEBAT! Saya akan rasa hebat kerana saya GEMBIRA!


"Apabila kaun ingin berteman, jangan lah kerana kelebihannya..
Kerana mungkin dengan 1 kelemahan,kau akan menjauhinya..
Andai kau ingin berteman,jangan lah kerana kebaikannya..
Kerana dengan 1 keburukan kau mungkin akan membencinya..
Andai kau ingin bersahabat,janganlah kerana ilmunya..
Kerana apabila dia buntu, kau akan menfitnahnya..
Andai kau ingin berkawan, janganlah kerana sifat cerianya..
Kerana apabila dia tidak dapat menceriakan kau lagi, kau akan menyalahkannya..
Andai kau ingin bersahabat,terimalah dia seadanya..
Kerana dia juga manusia biasa.."


P/s: Saya berkawan bukan kerana bakat atau apa kelebihan pada mereka..Saya berkawan kerana saya suka apa yang ada dalam diri mereka..

03 November 2009

Setahun Kemudian

Salam..

Hari ini, genaplah setahun saya bekerja dan bernaung di bawah bumbung syarikat yang ada gambar Si Polan itu..Les' Copaque Production.


Tak sangka..begitu cepat masa berlalu..dan dalam masa setahun, sudah banyak yang saya pelajari dan sudah banyak peluang yang diberikan kepada saya..

Masih segar dalam ingatan saya bagaimana saya mendapat peluang untuk ditemuduga..Terima kasih pada insan itu kerana memberi peluang kepada saya..


Minggu pertama saya bekerja,saya cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling..Kerana, seumur hidup saya, saya tidak pernah berada di tempat yang majornya adalah kaum Adam..ini agak sedikit terkejut buat saya pada masa itu..Tugasan saya yang pertama adalah saya dikehendaki menelefon beberapa orang yang ingin masuk ke kelas training kami..Ohh..sungguh saya benci masa itu..Kerana saya sangat la gugup untuk bercakap dalam telefon dengan org yang tidak dikenali..

Sudah beberapa minggu dan bulan bekerja, akhirnya saya dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sekerja..Mujur ada Kak Ijan..Kak Ijan yang banyak membantu saya mengenali staff2 yang lain..Oh ya, mari saya perkenalkan Kak ijan




Ini dia Kak Ijan..Bagi saya, Kak Ijan dah saya anggap seperti kakak saya.Saya boleh bercerita apa saja dan berkongsi apa saja bersama Kak Ijan..Kak Ijan seorang pendengar yang baik bagi saya..Pada mulanya memang saya agak takut dengan Kak Ijan..Tapi, sekarang alhamdulillah saya sudah sedikit pandai membaca mood nya..Mungkin saya tidak pernah beritahu pada Kak Ijan betapa saya amat berterima kasih padanya atas semua nasihat, sokongan dan semangat yang dia pernah berikan..Saya juga tak pernah beritahu yang betapa dirinya sangat berharga buat saya..

Masuk bulan ke-3 saya bekerja, masa tu kami sedang sibuk dengan persiapan untuk keluarnya Filem sulung kami, Geng Pengembaraan Bermula..Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sibuk dan stress nya masa itu...Dan dari situ laa saya dapat tahu apa minat saya..Saya sukakan kerja2 luar a.k.a pergi event laa~

Bila sibuk dengan event, saya agak rapat juga dengan insan bernama Mumu..Oh, tapi saya panggil dia Abg Mumu..eheh..Meh tempek sket gamba dia..



Ya, ini dia encik Zarin yang lebih dikenali dengan nama MUMU atau Mediahorizon..huhu..Sama seperti Kak Ijan..Mumu saya anggap seperti Abang..Saya juga boleh berkongsi cerita dan masalh dengannya..Banyak juga yang dia tahu mengenai saya..Dan apa yang saya kenal dengan dia, dia seorang yang suka membaca Horoskop..Heheh..kan Abg Mumu?Bagi saya Mumu saya anggap seperti pelengkap dalam sesebuah event yang kami pergi..Kalau Mumu takde, memang ada rasa kekurangan di situ...

Dalam masa setahun ini, berbagai-bagai benda yang berlaku..Ada yang datang bertandang, ada yang singgah sebentar dan ada yang pergi meninggalkan..

Semua ini akan saya sematkan dalam kenangan saya..dan insya Allah, tak akan saya lupakan..terutama mereka yang sudah terpahat di hati saya..

Terima kasih kepada mereka yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan menghargai kehadiran saya di sini..

Sesungguhnya, kamu semua melengkapkan perjalanan hidup saya!=)

Ingin saya berkongsi sesuatu bersama anda..

"sahabat bukan untuk sementara, tetapi selamanya..bukan untuk dimusuhi, tetapi untuk disayangi..bukan hanya di sini, tetapi di mana2..bukan setakat ini, tetapi hingga hujung nyawa!"

p/s: Belajarlah menghargai orang sekeliling kamu supaya kamu dapat merasai rasa dihargai..

24 October 2009

Wanita & Unsur2 Semulajadi..

Salam..

Rasanya sudah lama saya xupdate blog..Mungkin hampir sebulan agaknya..
Seperti biasa, banyak benda yang berlaku dalam masa sebulan saya tidak menulis..
Ada yang pergi, dan ada yang bertandang..maksud saya, kawan..eheh..
Saya tidak akan berceloteh mengenai event yang berlaku, kerana sudah ada 2 orang blogger tegar di LCP yang akan menulis dan bercerita dengan panjang lebar mengenai event ni..
En Zarin atau lebih dikenali dengan nama pena nya, mediahorizon ataupun anda boleh juga ke blog saudara AfiqLudin untuk mendapat segala berita mengenai event LCP..

Di sini, saya ingin berkongsi info mengenai wanita dan juga unsur2 semulajadi melalui tarikh lahir..

1) WANITA TANAH ~

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


~WANITA API~

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya
.*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris
.*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan
.*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


~ WANITA ANGIN ~

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

~ WANITA AIR ~

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.


Kenapa secara tiba2 saya ingin buat entry mengenai wanita & unsur2 ni??

kerana seseorang pernah berkata kepada saya...

" Jadilah Tanah untuk memadamkan Api"

Dia membuat saya berfikir sejenak..Adakah saya bersifat seperti Tanah..?Mampukah saya menjadi Tanah?

Ya..saya mempunyai seorang kawan yang bersifat Api..Dan sekarang saya sedang sedaya upaya untuk bertahan demi sebuah persahabatan..

Sekarang baru saya faham..saya rupanya bersifat ANGIN..

Setahu saya, bila angin bertiup pada Api, angin akan membuatkan Api lebih marak..kan?kecuali kalau api lilin kek besday atau lighter la..~eheh

Mungkin bila saya berkata2 saya membuatkan sahabat itu menjadi lebih marah..Mungkin bila apa yang saya lakukan akan membuatkan sahabat itu lebih membenci saya..

Tetapi, saya cuba menjadi sedikit positif..bahawasa nya, manusia berubah..Jadi, mungkin masih terdapat peluang untuk saya mengenali insan yang saya gelar sahabat itu..Harap dia dapat melihat kesungguhan sahabat nya ini..

Doakan saya supaya menjadi manusia yang lebih tabah dan menghargai apa yang saya ada disekeliling saya...

20 September 2009

Dari jauh Ku Pohon Maaf~

Salam,

Hurm..macam tak percaya je dah raya kan? Rasa sekejap sangat puasa kali ni.Tahun nih, Upin & Ipin pon beraya sakan~Sebab "Kak Ros" dah jahitkan baju Melayu untuk mereka!!Tak payah la drg pakai singlet tuh lagi masa raya..heh..dah advance sket~

Disebabkan itu, kami semua x melepaskan peluang brgambar raya bersama maskot yang berbaju Melayu!!ehehe..


Songkok Upin yang dah senget~Tapi, comel..Err..maskot yang comel, bukan yang dalam tu rk..Harap Maklum~ehehe..

Sebahagian dari staff LCP bergambar dengan maskot.

Ini die, staff wanita di LCp..err..termasuk yang berbaju Melayu dan berkaca mata itu yer!ehehe


Adoi..Asal nak amek gamba staff pompuan jek, mesti ade jugak yang sesat!!Kenapakah~
Disebabkan hari ini ialah Hari Raya, saya ingin memohon maaf kepada rakan2 dan sesiapa saja yang kenal saya.Terutama kepada mereka yang rapat dengan saya..Minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau perbuatan yang mungkin tidak saya sengajakan..Semoga hari raya kita pada tahun ini akan menjadi hari raya yang lebih bermakna..~Insya Allah..
Yang menyusun 20 jari (termasuk kaki) meminta maaf,
Nurul..=)

04 September 2009

Egokah Aku??


Salam..

Saja nak share lagu yang tgh suke sgt skarang ni.Maybe some of u guys pernah terbaca status ym saya yang macam ni..

"ku harap tuhan..cabut nyawamu, agar tak ada yang milikimu"..

Kalau dengar lirik dia, memang kita tau ni kire mcm kes obses laa.jom layan sat~


video

For saya laa kan, lagu nih sweet..tp, agak kejam sedikit laa..tgk video clip die pon cm ala2 kejam tp, sedih..layan kan jek la..=)

27 August 2009

SALAM RAMADHAN

Salam semua..

Hurm, diam tak diam dah dekat 1 minggu puase kan? Rasanye masih tak terlambat lagi kalau saya, Nurulhuda nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam yer!


Biiler time puase ni lah, dah terpikir macam2 bende nak makan. Kalau pegi bazar tuh, rasanya semua nak beli..hurm..nafsu2..



Tapi kalau korang semua, makanan ape yang memang korang akan cari kat bazar ramadhan?Haa..ni yang nak share nih..=)




1) Saya memang x boleh tahan dengan A.Y.A.M.. Tak kisah la ayam golek ke, ayam goreng ke, ayam madu ke. Pendek kata semua jenis ayam la.hehe..(dah macam Ipin pulak). Kalau masa bulan puasa, biasa nya hampir tiap2 minggu pergi beli ayam golek. Pulak kat bazar tuh ada ayam golek yang dicucuk dengan serai.Sedap dan wangi la~Masih lagi dengan "OBSES" saya terhadap AYAM..hehe..ini dia..Chicken Wing.Kalau kat Shah Alam ni, ade satu tempat yang memang Chicken Wing die sedap giler..Kat TTDI Jaya..Try la..Murah lak tuh..


3) Saya memang tak suka makan kuih muih..Tapi, suka roti jala.eheh..dengan kuah kari ayam..yumm..yum..

So, itu laa 3 makanan yang biasanya saya akan cari kat bazar ramadhan..Kalau teringin nak belanja, haa..dah tau la kan nak kene beli aper?huhu..

SAHUR..

Ok, kalau sahur pulak?Ape yang boleh buat anda semua rajin giler nak makan?

Kalau saya, saya akan bangun walau mengantuk cammana pon kalau ibu masak..

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS!!hehe..yang ade bawang banyak2..suka giler..Memang rajin giler bangun sahur kalau ibu kata ibu buat sambal ni..hehe

DAN,



NASI GORENG!!Cukup laa hanya nasi goreng kosong yang ada perencah ikan bilis saja..nak2 nasi goreng ibu yang buat..ehehe..
Hurm..Rasanya dah tak de apa lagi nak citer kot~ K laa..babai!